Saturday, February 26, 2011

Sampai hati..

sampai hati kau buat aku begini
tiada belaian dan pujukkan darimu
bagai tiada apa yg berlaku bagimu
kau lelaki tetap dgn egomu..

disana kau berteman
yg sentiasa megembirakn hatimu
adakah kau ingat perasaanku
yg menantikn perhatian darimu

sedih mlm ini ku rasakan
seperti tiada erti aku buatmu
knp kau biarkn hatiku remuk
knp kau biarkn fikiranku bercelaru

tolonglah daku skg
tolonglah hatiku ini
tolanglah buatku tenang kembali
tolonglah jgn buat aku begini...Abg!!!

masihkah aku yg bersalah
di tinggalkn begitu lama
dgn keinginanku yg x tercapai
tp masih lg kau tak mengerti...knp!


Friday, February 25, 2011

Bergelut bersama malam..

Tidak lekangku mencari
Tidak puasku menanti
Bila tiba saatnya bersama
Aku kecundang lagi...Oh! sakitnya

Terdiam dibalik pencarianku
Dimana belaian dan sentuhanmu
Kau biarkan aku terkulai layu
Dan malam kau biarkan berlalu

Kau bagai tidak mengerti hatiku
Sekian lama melayari bahtera bersamaku
Mengapa sulit bagimu utk memahamiku
Dimanakah hati dan perasaanmu..







Wednesday, February 23, 2011

Pesanan buat suami..


1. Suami perlu selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.(puteri paling suka klu suami memahami kerjaya isteri)

2.Bagi puteri bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..suami kena selalu puji apa shj isteri lakukn..walaupun x sedap ke..x cantik ke..(puteri suka klu apa yg sy lalukn d puji oleh suami )

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.Bab nie no comen..

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.Puteri x suka suami mcm nie..

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.Mmg nie paling menyakitkn hati puteri..dahlah penat kemas..yg suami pulak buat sepah balik..letak barang mrk sesuka hati..heeee geram tau!

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.Puteri lebih suka jika suami mkn bsama isteri..barula mesra..

8. Bagi suami yg nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.Puteri lbh suka suami bagi tahu..bolehlah diet cpt2.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Puteri x kesah..

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau...yg nie puteri setuju sgt.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.Suami puteri x kedekut orgnya ...tp byk tanya dl hehehe..

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.Benci lelaki mcm nie...lebih baik x payah kahwin.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?Yg nie paling puteri sokong.. terutamanya buat suami n ank2 puteri.Penat nak ckp gan mrk tau..lps tu kata kita beleter je..x terpikir ke mrk yg isteri nie penat buat semua kerja rumah.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak.Puteri suka klu suami puteri tlg bantu buat kerja..Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja hehehe...

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.Suka klu suami buat puteri mcm nie.(jangan bila bjauhan..ckp mcm ambil berat je..tp bl dpn mata buat x tahu je)

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan puteri tau tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali..(mmg betulll)

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.Tolonglah fahami hati isteri anda..

***Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”***


Kenapa wanita menangis...


Wanita nie lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.

Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.

Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)

Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!

Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.

Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.Puteri nasihatkn bagi suami d luar sana tlglah belai isteri anda setiap sehari..5 minit pun cukup la.Tunjukkn pd isteri yg anda amat sayangi dan hargai dia.

Tiba-tiba puteri rasa nak nangis pulak !:-)

Khasiat memeluk isteri kita









Bagi suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.Tapi, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah.

Maksud Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Apa yg puteri tahu kajian di Amerika Syarikat juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri kita tau.“So..pd suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,”hehehe...

Kalau hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri."Yg nie puteri suka sgt.Setakat nie je coretan puteri...

Monday, February 21, 2011

Jalani sj hidup nie..


Mmg x semua cahaya akan indah
dan x semua kisah layaknya d dongeng
belum tentu jua sang putri akan akhirnya bahagia
dan pangeran berikn matahari ceria slamanya utknya
inilah kenyatan dlm hidup...
dan yg kemarin tlarut dlm naluriku
teryata x semua yg kupikir sgalanya akan kelam
dan skg bgku hanya permainan semua
jalani saja hidup nie...
seperti saat kau tunggangi kuda putih diantara taman
kebahagiaan sesungguhnya hanya kitalah sang penciptanya
maka jalani saja hidup nie apa adanya...
lihatlah dirimu diatas senda langit...
langit biru bkata..
siapakah kini yg sbenarnya x dpt syukuri karuniaNya...
dan kini saatnya kembali bcermin diri
dan mulai lg...jalani saja hidup nie...

Sunday, February 20, 2011

Aku Sendirian lg...

Rasanya…
Ingin mhilang saja aku bsama matahari senja …
Agar smua org tau..
Bahwa aku hanya ingin sendiri..
Paling tidak… utk saat ini ..
Ketika rasa yg slama ini kupendam…
Sudah x sanggup kupikul sendiri…
Dan biarkn rasa itu hilang.
Dgn mhilangnya diriku…





Saturday, February 19, 2011

Mencari Kebenaran


Dlm mcari kebenaran hakiki
Tiada lg ku ingat slain nama Mu
Betapa nama itu sentiasa memenuhi ruang hati
Pun amat payah menyedari Kau ada di sisi
Nama Mu Yang Maha Agung
Telah kudengar sejak pertama kali kurasa
Dinginnya udara Mu dan cerahnya siang Mu
Aku tahu ada iringan janji bsamaku
Janji yg lahir dr jiwa yg putih
Tetapi janji itu telah diwarnai hidupku
Dan kini aku kembali mcari diri Mu
Tuhan,..bantulah aku
Telah jauh aku myimpang dr jln Mu
Terlalai aku oleh setitis ilmu Mu
Bukalah kembali pintu hatiku
Terimalah kembali segala amalku
Dlm mcari kebenaran hakiki
Betapa pun terasa amat payah
Aku menanti penuh harap
Akan titik pertemuan itu

Friday, February 18, 2011

Mendiamkn diri sementara waktu.


Lama puteri x tulis blog..hampir 2 minggukn.Puteri sibuk sikit..maklum la putera sy ada d rumah...kena la layan putera lebih cikit..hehehe...nnt merajuk pulak dia.
xde apa yg nak puteri citakn ari nie..cuma puteri rindu nak open blog je..ok.bye dah lewat nie..esok ank2 puteri kena gi sek..

Tuesday, February 1, 2011

Hari yg d nantikn


Hai..ari nie puteri x byk benda yg nak d citekn.Cuma..puteri x sabar menunggu ketibaan putera yg akan balik esok.Rindu sgt2 gan putera..lama x bjumpa..byk cite yg puteri nak sampaikn kpd putera.Puteri sgt hapy..sejak kebelakangan nie puteri dpt rasakn ada ktenangan dlm jiwa ini.. puteri pun x tahu knp.Apa pun puteri masih mcari jwpnya..bila puteri sudah jumpa, akan puteri citakn dlm ruangan ini...bye.