Tuesday, November 8, 2011

Mengapa Wanita Sering Menangis?

Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?

Kerana wanita itu unik.

Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.


“WANITA itu ISTIMEWA”

Sunday, November 6, 2011

SOLAT ISTIKHARAH MEMOHON PETUNJUK DAN KEREDHAAN

Pengenalan

Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari..

Tujuan Solat
Biasanya solat Istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya. Maka untuk itu bagi memohon petunjuk dan keredaan adalah dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain.


Cara melakukan solat Istikharah

Bangun daripada tidur yang nyenyak pada tengah malam bukan perkara mudah untuk menunaikan solat sunat. Bagaimanapun, jika diketahui fadilat yang bakal diraih melalui amalan solat sunat ini pasti kita berjaya untuk melawan mata mengantuk. Cara Melakukan Solat Sunat Istikharah ialah sebaik-baiknya lakukan selepas jam 12 malam selama 3 hari berturut-turut dan mohon pada Allah apa yang mengganggu diri dalam membuat keputusan.


Kesimpulan
InsyaAllah kita akan mendapat jawapan atau tanda-tanda alamat melalui mimpi atau gerak rasa. Jika anda rasa tidak sedap hati, maknanya jika anda teruskan juga untuk melakukan nya, ia akan jadi musibah. Jika kita rasa tenteram dan tenang, maka kita sudah tahu jawapannya. Dan teruskan niat tersebut. Solat istikharah sangat digalakkan untuk mereka yang mahu mendapat jalan keluar terbaik kerana keputusan yang dibantu hidayah selalunya akan membawa hasil diharapkan.


Cara Solat Istikhoroh

Solat Istikhoroh dilakukan seperti solat sunnah yang lain iaitu sebanyak dua rakaat, sama ada siang atau malam hari (selama sedang memerlukan petunjuk), dalam setiap rakaatnya membaca al-Fatihah dan surah apa saja yang sudah dihafal, lalu mengangkat tangan sambil berdoa dengan doa istikhoroh yang diajarkan oleh Nabi seperti yang telah disebutkan/dibentangkan di atas (dalam hadis Bukhori dari jalan Jabir Bin Abdulloh). (Asal perkataan ini oleh Ibnu Baz dalam Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawwi’ah, 11/421)

Adakah Dalam Solat Istikhoroh Ada Bacaan Khusus/Tertentu?

Imam Nawawi mengatakan: “Disunnahkan pada raka’at pertama setelah al-Fatihah membaca surat al-Kafirun dan raka’at ke dua setelah al-Fatihah membaca surat al-Ikhlash” (al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab 2/377), hal ini didasari oleh maksud orang yang beristikhoroh supaya mengikhlaskan niatnya hanya kepada Allah, sehingga yang patut dibaca adalah dua surat tersebut.

Sedangkan al-Hafiz al-’Iraqi mengatakan (Perkataan ini dinukil dari Tuhfatul Ahwadzi 2/484): “Aku tidak menjumpai satu hadis pun tentang penentuan bacaan surah-surah khusus dalam solat Istikhoroh.”

Dan keterangan di atas jelaslah bahwasanya pendapat yang lebih kuat adalah tidak adanya ketentuan surah-surah yang dibaca ketika solat Istikhoroh, lantaran tidak ada keterangan dari Rasulullah akan hal itu, dan mereka yang mensunnahkan surah-surah tertentu tidak mendatangkan dalil al-Qur’an dan Sunnah, sehingga kita katakan disunnahkan setelah membaca al-Fatihah di masing-masing raka’at untuk membaca surah apa saja dari al-Qur’an yang telah dihafal.

Berkata Ibnu Bazz (Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawzvi’ah 11/421): “Hendaknya (orang yang solat Istikhoroh) membaca al-Fatihah di setiap raka’at dan membaca surah apa saja yang mudah.”

Bilakah Doa Istikhoroh Dibacakan?

Doa Istikhoroh boleh dibaca samaada sebelum salam atau selepas salam selepas solat dua roka’at. (Sebagaimana fatwa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Fatawanya 12/105)

a. Sebelum salam

Adapun dibolehkan membaca do’a istikhoroh sebelum salam ini berdasarkan:

1. Kebanyakan doa Nabi dalam sholat dilakukan sebelum salam (setelah tasyahud akhir), seperti yang dijelaskan oleh Abu Hurairoh, beliau berkata: “Nabi bersabda: Apabila kalian selesai dari tasyahud yang terakhir, hendaklah berdo’a meminta perlindungan kepada Allah dari empat perkara, iaitu mengucapkan (maksudnya);

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab neraka Jahannam, dan azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari fitnah al-Masih ad-Dajjal. (Hadis Riwayat Bukhari 1377, dan Muslim 588)

2. Demikian juga Rasulullah mengajari Abu Bakar tatkala beliau minta diajarkan do’a yang boleh dibaca dalam solatnya, lalu Nabi memerintahkan beliau untuk membaca (maksudnya);

Ya Allah sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak, tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah aku dengan ampunan dari-Mu, dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Hadis Riwayat Bukhari 834 dan Muslim 3/7/27)

3. Dalam Hadis Jabir bin Abdullah, Rasulullah tidak menentukan tempat dibacanya doa istikharah apakah harus dibaca sebelum salam atau setelah salam.

b. Sesudah salam

Sedangkan dibolehkan doa Istikhoroh dibaca sesudah salam berdasarkan zahir hadis yang menunjukkan doa tersebut dibaca sesudah salam, sebagaimana Nabi bersabda (yang ertinya): “Apabila di antara kalian berkeinginan/bermaksud terhadap suatu perkara, hendaklah solat sunnah dua rakaat bukan termasuk wajib, kemudian berdo’a...”

Berkata Ibnu Baz: “Sholat Istikhoroh hukumnya sunnah, dan do’a istikhoroh tempatnya setelah salam sebagaimana (zahir) hadis yang telah datang dari Rasulullah” (Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawwi’ah 11/421422). (Demikian juga difatwakan oleh Lajnah Da’imah dalam Fatwa no. 10666)

Apa Yang Dilakukan Setelah Solat Istikhoroh Dan Bermusyawarah?

Imam Nawawi r.h. berkata (Perkataan Imam Nawawi (dinukil secara bebas) ini dinukil oleh Imam Syaukani dalam Nailul Author 2/298): “Setelah seseorang melakukan solat Istikhoroh, sebaiknya dia menjalani apa yang dia rasakan lapang dadanya terhadap perkara tersebut baik meneruskan maksudnya atau meninggalkannya.”

Kemudian beliau melanjutkan perkataannya:

“Bagi orang yang hendak beristikhoroh hendaklah ia menghilangkan kecondongan hatinya terhadap suatu perkara sebelum melakukan solat dan doa Istikhoroh, dan tidak selayaknya bersandar kepada adanya kecondongan hati sebelum istikhoroh, kerana apabila ada kecondongan hati sebelum istikhoroh, lalu dia melakukan istikhoroh, bererti dia tidak beristikhoroh, kerana istikhoroh dilakukan ketika bimbang dan meminta dipilihkan yang terbaik dari Allah untuknya.”

Boleh Mengulang Solat Istikhoroh Dalam Satu Perkara

Ibnu Utsaimin berkata (Dinukil secara bebas dari Syarh Riyadhus Sholihin oleh Ibnu Utsaimin 2/515): “Setelah melakukan solat dan do’a istikhoroh, apabila merasa lapang dadanya terhadap suatu perkara baik meneruskan atau meninggalkan, maka inilah yang diharapkan, tetapi apabila tetap bimbang dan tidak merasa lapang dadanya, maka dia boleh mengulangi solat dan doa Istikhorohnya ke dua kali, ke tiga kalinya, dan seterusnya, hal ini lantaran orang yang beristikhoroh adalah orang yang meminta petunjuk kepada Allah akan kebaikan yang akan dia lakukan sehingga apabila tidak jelas baginya kebaikannya atau tetap ragu maka dia boleh beristikhoroh berulang kali.”

Adakah Tanda-Tanda Dikabulkannya Permintaan?

Sebahagian orang berkata: “Setelah melakukan solat dan doa Istikhoroh, maka akan datang petunjuk dalam mimpinya, maka diambil pilihan sebagaimana mimpinya,” oleh kerana itu ada sebagian orang berwudhu’, lalu melakukan solat dan doa istikhoroh, kemudian terus tidur (mengharap petunjuk datang melalui mimpi), bahkan sebahagian mereka menyengaja memakai pakaian berwarna putih (supaya bermimpi baik), semua ini hanyalah prasangka manusia (yang tidak ada dasarnya). (Lihat Bahjah an-Nadzirin Syarh Riyadhus Sholihin oleh Syaikh Salim bin led al-Hilali 2/44)

Kesimpulan

1. Rasa bimbang, ragu, dan ketidak-tahuan baik dan buruknya suatu perkara adalah hal yang wajar, kerana semua itu termasuk tabiat dan keterbatasan manusia.

2. Solat Istikhoroh adalab solat yang dilakukan untuk minta petunjuk kepada Allah kebaikan perkara yang sedang dihadapi.

3. Para ulama bersepakat (ijma’) bahawa solat Istikhoroh hukumnya sunnah.

4. Solat Istikhoroh disunnahkan bagi segenap perkara baik besar atau kecil, selama seseorang bimbang atau ragu ataupun tidak mengetahui maslahatnya di masa akan datang/terkemudian.

5. Apabila sudah terdapat kecondongan hati atau mengetahui tentang baiknya perkara (dari awal lagi), maka tidak disunnahkan beristikhoroh, ini kerana solat Istikhoroh itu dilakukan adalah bagi tujuan meminta petunjuk, dan Allah memerintahkan hambanya yang telah melaksanakannya supya bertawakal kepada Allah.

6. Istikhoroh disunnahkan dalam perkara-perkara yang asalnya mubah, adapun perkara wajib dan sunnah, maka tidak disunnahkan istikhoroh, ini kerana kebaikannya sudah jelas adanya, sebagaimana perkara haram dan makruh tidak disunnahkan istikhoroh kerana keburukannya sudah jelas adanya.

7. Tidak terdapat dalil yang sah tentang pengkhususan bacaan surah-surah al-Qur’an dalam solat Istikhoroh.

8. Doa Istikhoroh boleh dibaca dalam solat (sebelum salam) atau di luar solat (sesudah salam)

9. Dibolehkan mengulangi solat Istikhoroh dalam satu perkara apabila diperlukan.

10. Ketenangan hati dan kelapangan dada kepada suatu perkara setelah melakukan solat istikhoroh adalah tanda petunjuk dari Allah, dan tidak terdapat dalil yang sah tentang keharusan melihat mimpi setelah beristikhoroh.

Demikianlah yang dapat dibentangkan dari beberapa penjelasan/keterangan para ulama tentang solat Istikhoroh, mudah-mudahan kita mendapat petunjuk dari Allah sehingga kita dapat melangkah sesuai dengan apa yang digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya dan mendapatkan yang terbaik dan sisi-Nya dengan jalan taat dan istiqomah di atas landasan-Nya, amiin.
study

Selamat Hari Raya Aidiladha...

Ya Allahh!!!..ampunkn dosa kuu ini...aku tlalu byk mlakukkn dosa...Ya Allahh...mungkin apa yg blaku pd ku skg adalah balasan atas dosa2 yg telah aku lakukn...
Ya Allah...ampunkn dosaku inii....aku hambamu yg lemah...aku hambamu yg jahil...

Ya Allah!....berikn aku petunjuk mu...bukakn mata ku ini...terangknlah hatiku ini...berikn aku jln yg kau redai...tiada siapa yg blh tlg aku...melainkn pd mu Ya Allah...hatiku sgt kuat menyatakan...yg kau akan menolong ku satu hari nnt...mungkin blm tiba masanya lg...aku reda dgn apa yg telah kau berikn pd ku...Ya Allah...

Ya Allah!.....aku bharap satu hari nnt kau akan beri ku hidayah dan mjemput hambamu yg hina ini ke tanah suci...aminnn...

Selamat Hari Raya Aidiladha...

Wednesday, November 2, 2011

Ya Allah!...bantulah aku...

Ya Allah!....kuatnya dugaanmu pd hambamu ini...hanya engkau shj yg tahu apa yg aku rasakn...dan apa yg aku fikirkn...Ya Allah!...aku cuba berubah diriku ini sikit demi sedikit...aku baiki diri ku apa yg kurang...aku lakukn perkara yg baik...tp knp masih dpt aku rasakn...dia semakin hari ...semakin marah2 pd ku...apa yg kurang lg pd diriku...aku buntu memikirknnya...Ya Allah! beriknlah aku pertunjuk...jln mana harus aku tempuhi....Ya Allah!...kuatkn semagatku...kuatkn kesabaranku...hindarkn diriku dr hasutan syaitan....amin...

Dulu & Sekarang

skg bila bjauhan...hatiku tluka tiada siapa yg nak pujuk...dia dah x kisah lg bl aku jd bgini..mungkin krn aku miliknya...dulu bila bjauhan..tkadang hati ini tluka..mesti hp ku x bhenti bdering memanggilku...seolah aku ini penting bg dia...dulu bila aku x nak ckp...dia paksa juga ckp dgn dia... tp skg...bila aku x nak ckp...dia mcm x kisah je...tiada lg paksaan dr dia...dia terus matikn panggilan...aku masih menunggu dr pg hingga mlm...tp masih tiada lg panggilan dr dia...aku masih mengharap dia memujukku...tp hampa...hari dah lewat mlm...masih tiada lg panggilan buatku.... tiada ku sangka dia berubah skg....masih segar dlm ingatanku...kata2 yg pernah dia janjikn buatku...sedih sgt aku rasakn...knp jd begini...

Thursday, July 21, 2011

masih begini..



aku masih begini lg...menjalani hidupku utk memikul satu tanggungjawap yg sgt besar...walau apa pun terjadi....jalani sahaja hidup ini...suka atau tidak terpaksa tempuhi jua...

kehadiranmu ada atau tidak bgku sama shj...tp lbh baik bl aku berseorangan...
semalam kau gembira bertemuku...tp pagi nie kau mula berubah...hanya sedikit kesalahan yg aku x terduga... kau mula tunjukkn taringmu...seolah-olah aku telah melakukn dosa yg sgt besar...benci telah terpahat dlm hatiku...mmg kau x pernah berubah utkku...beribu janjimu pdku...beribu lg tiada kepercayaan dr ku...bgku kau tetap sama...x berubah dan tidak akan berubah sampai bila-bila......hanya allah shj yg tahu isi hatiku ini...amin.

Monday, June 20, 2011

Baiki cara solat khas utk perempuan



**2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :


1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.

Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN.

Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir,penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii.Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga). Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi,kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).

Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :

i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh. .." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam.Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai disekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.


**kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu.

Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless didlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stoking yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.

Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat,saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.

Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya.

Friday, May 20, 2011

Impianku...


Tidak lama lg ..cita2ku akan tercapai jugak...tq Abg ...tq Allah...tanpa pertolongan mu...tak mungkin aku dpt memilikinya...sungguh gembira mlm nie... tidak dpt aku bayangkn perasaan gembira ku ini....




Ya Allah..terima kasih

.

Ya Allah…

Terima kasih atas jalan yang Engkau tunjukkan ini

Sungguh diri ini sangat bersyukur

Dan setiap saat selalu teringat akan kebaikan Engkau dalam menuntun kami di jalan-Mu yang haq ini.

Hingga tak terkira tetes demi tetes air mata ini membasahi pipi.


Ya Allah…

Terima kasih atas nikmat yang Engkau berikan

Sungguh Engkau begitu baik, begitu sangat baik

Begitu Engkau tunjukkan rasa sayang Engkau kepada hamba-Mu dengan segala nikmat yang Engkau telah berikan


Ya Allah…

Terima kasih atas ujian dan cobaan yang Engkau berikan

Betapa Engkau tunjukkan lagi rasa sayang-Mu

Karena dengan ujian dan cobaan itulah membuat kami sadar dan kembali menapaki jalan-MU


Terima kasih ya Allah, terima kasih atas semuanya.

.


ya ayafdkejm

Wednesday, May 18, 2011

Anakku Sayang...

Sungguh terharu rasanya...ada anak yg masih lg ingatkn akan hari ibu...Princess ku...dialah satu2nya princess dlm family ku...hanya dia shj yg bg pd ku sekuntum bunga n ucapan buatku.Walau pun dah terlepas harinya...tp xpe..mama terima dgn penuh rasa bangga sayang...kaulah anak yg solehah dan baik hati...tqvm sayang...mama sayang sgt pd kakak...mmuuuuaaaahhh!

Tuesday, May 17, 2011

Hari Ibu 2011..dlm sejarah

Hari ibu thn nie puteri sedih sgt...hubby n ank2 x meraikn pun buatku...x seorg pun yg ingat pd diriku...puteri sbg ibu bkn mahu meminta-minta.. tp cukup la dgn ucapan atau pun kad ucapan yg d buat sendiri...Puteri sedar tiada sapa yg sedar adanya diri ini.Sebelum nie ank2ku tidak pernah lupa utk buat kad ucapan buatku...dan hubby tidak lupa dgn ucapanya...aku terima seadanya...
sedih sgt..

Puteri hanya ucapkn pd emak puteri n pd emak d sekelilingku...puteri harapkn family yg ucapkn dl..tp sebaliknya jdnya..tp xpe la..apa blh buat dah nasib puteri..telan je laa dlm2..

Monday, May 16, 2011

Doa Qunut Dalam Tulisan Rumi









*** ALLAHUM-MAHDINI FIMAN HADAIT...WA'AFINI FIMAN 'AFAIT...WATAWALLANI FIMAN TAWALLAIT... WABA-RIKLI FIMA A'TAIT... WAQINI SYARRAMA QADHAIT...FA-INNAKA TAQDHI, WALA YUQDHA 'ALAIK... WA-INNAHU LA-YADZILLU MAWWA-LAIT...WALA YA 'IZZU MAN 'A-DAIT...TABARAKTA RABBANA WATA 'ALAIT...FALAKAL-HAMDU 'ALA MA-QADHAIT...WA-ASTAGHFIRUKA WA-ATU-BU ILAIK..WASALLALLAHU 'ALA SAIYIDINA MUHAMMADININ-NABIYIL UMMIYI WA'ALA A-LIHI WASAHBIHI WASALLAM...


*** Hai tuhanku tunjukilah aku bersama orang yang telah ENGKAU tunjuki. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah ENGKAU afiatkan. Dan pimpinlah aku bersama orang yang telah ENGKAU pimpin. Dan berkatilah bagiku pada apa-apa yang telah ENGKAU berikan. Dan peliharalah aku dari kejahatan perkara-perkara yang telahENGKAU qadhakkan (hukumkan). Maka bahawasanya ENGKAU yang menghukum bukannya ENGKAU yang dihukum. Bahawasanya tidak akan terhina orang yang telahENGKAU pimpin. Dan tidak akan mulia orang yang telah ENGKAU musuhi. Amat berkat ENGKAU hai tuhan kami dan maha tinggi ENGKAU. Maka bagi-MU puji di atas apa yang telah ENGKAU hukumkan. Dan minta ampun aku kepada ENGKAU dan taubat aku kepada ENGKAU. Dan ALLAH sejahterakan junjungan kami NABI MUHAMMAD yang ummiy (tidak tahu membaca) dan sejahtera atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Wednesday, May 4, 2011

Siapa Aku Di Mata Dia..

Siapa aku di hati dia sebenarnya...klu betul aku istimewa buatnye.. knp dia menyakiti hatiku...knp masih tidak memahami diriku...knp terus ulangi kesalahan yg sama...brp kali harus aku memaafkn dirimu...brp kali harus aku pujuk hatiku ini...tolonglah daku...sudah lama melayari bahtera hidup bersama...tp aku masih keliru dgn dirimu...masih payah buatmu utk mengenali tingkah lakuku..

Tuesday, May 3, 2011

Hatiku Terluka Lagi

Apa lg harus aku katakn...sakitnya hatiku tidak tertahan ..pedih,sakit,sedih dan geram...semuanya berceramuk dlm otak ku..apa salahku hingga aku harus tempuhi semua ini...terlah aku lakukn segalanya utk mu...knp?..di balas begini pd ku..TOLONGLAH ALLAH AKU DLM KESULITAN...aku reda dgn semua ujianmu...

Knp masih pekara sama berulang lg..apa dosaku wahai suami..dah habis tenaga aku kerahkn utk mu..knp kau balas begini...seksanya jiwa aku x terhingga hanya allah saja yg mengerti hatiku..

Saturday, February 26, 2011

Sampai hati..

sampai hati kau buat aku begini
tiada belaian dan pujukkan darimu
bagai tiada apa yg berlaku bagimu
kau lelaki tetap dgn egomu..

disana kau berteman
yg sentiasa megembirakn hatimu
adakah kau ingat perasaanku
yg menantikn perhatian darimu

sedih mlm ini ku rasakan
seperti tiada erti aku buatmu
knp kau biarkn hatiku remuk
knp kau biarkn fikiranku bercelaru

tolonglah daku skg
tolonglah hatiku ini
tolanglah buatku tenang kembali
tolonglah jgn buat aku begini...Abg!!!

masihkah aku yg bersalah
di tinggalkn begitu lama
dgn keinginanku yg x tercapai
tp masih lg kau tak mengerti...knp!


Friday, February 25, 2011

Bergelut bersama malam..

Tidak lekangku mencari
Tidak puasku menanti
Bila tiba saatnya bersama
Aku kecundang lagi...Oh! sakitnya

Terdiam dibalik pencarianku
Dimana belaian dan sentuhanmu
Kau biarkan aku terkulai layu
Dan malam kau biarkan berlalu

Kau bagai tidak mengerti hatiku
Sekian lama melayari bahtera bersamaku
Mengapa sulit bagimu utk memahamiku
Dimanakah hati dan perasaanmu..







Wednesday, February 23, 2011

Pesanan buat suami..


1. Suami perlu selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.(puteri paling suka klu suami memahami kerjaya isteri)

2.Bagi puteri bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..suami kena selalu puji apa shj isteri lakukn..walaupun x sedap ke..x cantik ke..(puteri suka klu apa yg sy lalukn d puji oleh suami )

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.Bab nie no comen..

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.Puteri x suka suami mcm nie..

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.Mmg nie paling menyakitkn hati puteri..dahlah penat kemas..yg suami pulak buat sepah balik..letak barang mrk sesuka hati..heeee geram tau!

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.Puteri lebih suka jika suami mkn bsama isteri..barula mesra..

8. Bagi suami yg nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.Puteri lbh suka suami bagi tahu..bolehlah diet cpt2.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Puteri x kesah..

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau...yg nie puteri setuju sgt.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.Suami puteri x kedekut orgnya ...tp byk tanya dl hehehe..

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.Benci lelaki mcm nie...lebih baik x payah kahwin.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?Yg nie paling puteri sokong.. terutamanya buat suami n ank2 puteri.Penat nak ckp gan mrk tau..lps tu kata kita beleter je..x terpikir ke mrk yg isteri nie penat buat semua kerja rumah.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak.Puteri suka klu suami puteri tlg bantu buat kerja..Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja hehehe...

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.Suka klu suami buat puteri mcm nie.(jangan bila bjauhan..ckp mcm ambil berat je..tp bl dpn mata buat x tahu je)

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan puteri tau tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali..(mmg betulll)

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.Tolonglah fahami hati isteri anda..

***Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”***


Kenapa wanita menangis...


Wanita nie lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.

Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.

Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)

Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!

Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.

Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.Puteri nasihatkn bagi suami d luar sana tlglah belai isteri anda setiap sehari..5 minit pun cukup la.Tunjukkn pd isteri yg anda amat sayangi dan hargai dia.

Tiba-tiba puteri rasa nak nangis pulak !:-)

Khasiat memeluk isteri kita









Bagi suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.Tapi, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah.

Maksud Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Apa yg puteri tahu kajian di Amerika Syarikat juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri kita tau.“So..pd suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,”hehehe...

Kalau hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri."Yg nie puteri suka sgt.Setakat nie je coretan puteri...

Monday, February 21, 2011

Jalani sj hidup nie..


Mmg x semua cahaya akan indah
dan x semua kisah layaknya d dongeng
belum tentu jua sang putri akan akhirnya bahagia
dan pangeran berikn matahari ceria slamanya utknya
inilah kenyatan dlm hidup...
dan yg kemarin tlarut dlm naluriku
teryata x semua yg kupikir sgalanya akan kelam
dan skg bgku hanya permainan semua
jalani saja hidup nie...
seperti saat kau tunggangi kuda putih diantara taman
kebahagiaan sesungguhnya hanya kitalah sang penciptanya
maka jalani saja hidup nie apa adanya...
lihatlah dirimu diatas senda langit...
langit biru bkata..
siapakah kini yg sbenarnya x dpt syukuri karuniaNya...
dan kini saatnya kembali bcermin diri
dan mulai lg...jalani saja hidup nie...

Sunday, February 20, 2011

Aku Sendirian lg...

Rasanya…
Ingin mhilang saja aku bsama matahari senja …
Agar smua org tau..
Bahwa aku hanya ingin sendiri..
Paling tidak… utk saat ini ..
Ketika rasa yg slama ini kupendam…
Sudah x sanggup kupikul sendiri…
Dan biarkn rasa itu hilang.
Dgn mhilangnya diriku…





Saturday, February 19, 2011

Mencari Kebenaran


Dlm mcari kebenaran hakiki
Tiada lg ku ingat slain nama Mu
Betapa nama itu sentiasa memenuhi ruang hati
Pun amat payah menyedari Kau ada di sisi
Nama Mu Yang Maha Agung
Telah kudengar sejak pertama kali kurasa
Dinginnya udara Mu dan cerahnya siang Mu
Aku tahu ada iringan janji bsamaku
Janji yg lahir dr jiwa yg putih
Tetapi janji itu telah diwarnai hidupku
Dan kini aku kembali mcari diri Mu
Tuhan,..bantulah aku
Telah jauh aku myimpang dr jln Mu
Terlalai aku oleh setitis ilmu Mu
Bukalah kembali pintu hatiku
Terimalah kembali segala amalku
Dlm mcari kebenaran hakiki
Betapa pun terasa amat payah
Aku menanti penuh harap
Akan titik pertemuan itu

Friday, February 18, 2011

Mendiamkn diri sementara waktu.


Lama puteri x tulis blog..hampir 2 minggukn.Puteri sibuk sikit..maklum la putera sy ada d rumah...kena la layan putera lebih cikit..hehehe...nnt merajuk pulak dia.
xde apa yg nak puteri citakn ari nie..cuma puteri rindu nak open blog je..ok.bye dah lewat nie..esok ank2 puteri kena gi sek..

Tuesday, February 1, 2011

Hari yg d nantikn


Hai..ari nie puteri x byk benda yg nak d citekn.Cuma..puteri x sabar menunggu ketibaan putera yg akan balik esok.Rindu sgt2 gan putera..lama x bjumpa..byk cite yg puteri nak sampaikn kpd putera.Puteri sgt hapy..sejak kebelakangan nie puteri dpt rasakn ada ktenangan dlm jiwa ini.. puteri pun x tahu knp.Apa pun puteri masih mcari jwpnya..bila puteri sudah jumpa, akan puteri citakn dlm ruangan ini...bye.

Monday, January 31, 2011

Melayan ank2


Apa nak cite ari nie ek..puteri x tahu la..apa ye...?
K la puteri cite pasal ank2 puteri.Sekolah dah mula bcuti..ahhh riuh rumah d buat mrk.Naik pening puteri d buatnya..yg bgaduh lain..yg nangis lain..yg menjerit lain...ahhhh.Puteri asyik marah mrk je satu ari nie..x tahan dgn perangai mrk.Rasanya cpt la sekolah buka balik supaya puteri dpt rasa aman kembali..hehehe(kalau xde mrk satu ari pun boring gak kikiki).

Dah dua ari hujan x berhenti..kain dah makin byk..x tahu nak sidai kat mane lg.Puteri harap hujan cpt la reda..biar la kain puteri kering.So bila asyik hujan je..nak keluar pun x blh..puteri pun buat aktiviti dlm rumah je..puteri kemas rumah n cuci tingkap gan ank perempuan puteri.

Bila ari dah ptg hujan pun bhenti..puteri baru ingat yg puteri kena daftar ank tuisyen.Lps mandi ptg puteri bawalah ank2 gi daftar tuisyen.Kemudian puteri balik ke rumah..
Itu je lah aktiviti puteri pd ari ini..xde apa yg nak d citekn..jumpa lg..

Saturday, January 29, 2011

Keretaku...


Akhirnya kereta puteri siap d baiki sebelum raya cina.Rindu sgt gan keta..lama x jumpa hehehe.
Keta puteri nampak seperti baru kembali.Bila bawa pun rasa mcm keta baru je.Tq pd bengkel punya org..mrk buat keja sgt teliti n bagus.Smlm bila puteri bawa balik keta rasa kekok sgt sbb dah 2 bln x bawa..selama keta d bengkel puteri bawa keta manual tu sbb la puteri dah lupa hehehe..ank2 puteri pun gelakkn puteri..malu puteri gan ank2.Ok la xde apa puteri nak cita lg.Puteri nak bawa ank gi jln2 gan keta...slmt bcuti n slmt tahun baru cina..


Friday, January 28, 2011

Sakit hati...

Sakit hati sy rasakn..spai skg nie masih trasa lg..nak tahu knp sy sakit hati sgt2 nie..ptg smlm bila sy kluar dr umah je ..sy lihat pokok bunga kesayangan sy telah d potong oleh org..byk pulak tu pencuri tu ambil.Sy tlampau sedih hinggakn sy menangis mlihat bunga tu tiada.Pokok bunga nie baru je sy tmn dlm setahun n nie baru pertama kalinya ia bbunga.Sy mjaga sejak dr kecil sampailah besar..sy belai n siram setiap ari..sy berikn baja...setiap helaian daunnya sy jaga...sy berikn segala kasih sayangku pd pokok bunga tu..akhirnya ketika ia mengeluarkn bunga yg cantik..sy trasa senang sekali..segala penat,letihku tbalas juga.Tapi hanya beberapa hari je sy lihat kehindahan bunga itu dan belum puas sy mlihatnya tiba2 ia hilang dr pandaganku...Ahhh sedihnye...

Ok..nak d jadikn cite..pd mula sy tanam pokok bunga nie..ia telah d curi org dgn akarnya sekali..lps tu sy semai lg..pokok jenis yg sama n di tempat yg sama..tp kali nie ia bertahan spai la besar..tp bila dah besar lain pulak cita.Sy rasa pencuri tu sakit hati kot lihat pokok sy..semuanya hidup dan segar..mungkin pencuri tu tmn jugak,tp x menjadi kot.Sy rasa pencuri yg dulu n pencuri yg skg nie adalah org yg sama..sy x kisah klu org nak minta..sy blh bagi..tp jgnlah mencuri sakit hati tau.

Sy masih x bpuas hati kehilang bunga tu..krn ini kali kedua sy tkena.Sy nak tahu sgt siapa orgnya .Pd ari yg sama sy cari tiap2 rumah..dlm masa mcari tu sy bdoa pd tuhan(ya allah kau tunjukkn- lah pd ku siapa yg ambil bungaku)..kikiki siap bdoa sy tau,punyalah sakit hati sgt.Dgn izin tuhan sy jumpa siapa orgnya..tidak jauh dr umah sy rupanya.Tapi sy tidaklah pergi marah kat umah dia..cukuplah sekadar dpt tahu orgnya.Sy bsyukur pd allah krn telah mpemudahkn masalah sy nie.

Begitulah nasib sy..malang sekalikn..sy nie dgn pokok mmg suka sgt..x tahu nak kata mcm mane sygnya.Sampaikn putera sy jelous mlihat sy dgn tanaman sy.Katanya sy lebih sygkn pokok dr dia...hehehe kelakarkn putera sy..gan pokok pun nak cemburu.

Tamatlah cite pasal sakit hati...:-)

Wednesday, January 26, 2011

Tentang diriku..

Hari baru bmula lg.Aku harap ianya lebih baik dr yg smlm..rutin biasa siapkn ank2 utk ke sekolah..hantar ank ke sekolah lps tu pulang ke rumah hehehe boringkn nampak.Tp aku dah biasa dgn keadaan begini.Pd mula2 bhenti keja tu agak susah la sikit...sampai terbayang-bayang keja yg aku buat kat ops d rumah.

Ok! dah tlajak aku cite pasal keja..aku nak kongsi serba sedikit tentang pengalaman aku bkeja dl.Suatu ketika dl aku pernah bkerja dgn salah sebuah bank d kl..aku bhikmat hampir 12thn..itulah pkerjaan aku lps aku dpt keputusan SPM..sehinggalah aku bhenti keja.Aku x pernah bkeja mana2 syarikat pun.Bmulanya d bank..aku blajar segala-galanya tentang hidup.Ada yg baik,ada yg manis,ada pahit,ada yg kelat & ada yg menakutkn.Aku sgt gembira bkeja d bank..aku mpunyai ramai kwn2 n kenalan..aku mrasakn seperti hidupku ceria setiap hari.Bila bangun pagi x sabar rasanya aku mahu pergi keja..dpt pakai baju cantik2.Bila aku bjln x putus2 mata yg memandang kikiki perasan je.Tp apa salahnya kn..mmg pun aku cantik hehehe jgn mara ye.Di bank nie juga aku dpt pergi ke mana-mana shj tempat yg belum pernah aku lawati.Aku dpt tidur d hotel 5star..mkn mewah2..mandi d kolam yg besar..gi club n karaoke..mcm2 lg la..Maklum la waktu tu aku masih muda lg..umur pun..18thn.Semua benda nak cuba buat.

Hampir 2thn aku bkeja aku buat car loan dgn bank aku..Itulah keta pertama yg aku beli..dah lama aku agan2kn.Sejak kecil lg aku bcita-cita mahu mempunyai keta sendiri..akhirnya aku dpt miliki kereta satria merah.Wah!...masa tu rasa mcm dunia nie aku yg punya.Seronok bawa keta sendiri n rasa bangga sgt waktu tu..sbb semuanya dr hasil aku bkeja selama ini...bebaloi gak bkeja gan bank dpt bayar murah hehehe...

Di bank nie juga la aku bkenalan dgn puteraku..tp puteraku bkn keja Bank..dia customer aku waktu tu.Customer konon..terus jd suami hihihi...dah jodoh.Klu nak ceritakn pengalaman aku d Bank rasanya x akan habis pun.Aku rasa cukup d sini je k..nnt aku akan bceri